Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Tuesday, August 21, 2007

Keredhaan


Salam,

Hari ini, dalam pada mengisi masa...Fini terjengah ke beberapa blog yang mengisahkan tentang kehidupan seorang pesakit (Tn Matahati, Cintaku-Ira & arwah enZulrushdi). Dalam pd mula mengenali dunia blog ni; Fini hanya coretkan apa yang Fini rasa nak luahkan tp tak tau pd siapa. Kadang tak semua yang mendengar itu mendengar. Dan sudah pastinya Fini faham, dpt juga baca riak air muka seseorang itu. Fini tidak salahkan sesiapa. Begitu juga dengan diri sendiri, adakalanya kita juga bersikap seperti org yang kita katakan itu. Astaghfirullah...mohon maaf. Kemudian, kehidupan yang baru di kampung sendiri ini membuka semula lembaran hidup Fini untuk berblog. Tujuan asal adalah untuk berkongsi pengalaman baru yang Fini kira sesuatu yang menarik bagi diri Fini untuk Fini terokai. Perkara baru mengujakan diri. Dan insyaAllah ianya akan terus kekal seperti yg Pak Anjang Din sokmo pesan pd Fini.

Kebelakangan ini, Fini asyik memikirkan sesuatu. Fini pun tak faham apa yang Fini fikirkan. Orang pun tak dapat nak faham apa yang Fini rasa. Semalam, ziarah Fini ke rumah kak Zaili (officemate di Pustaka Yamien Sdn. Bhd.) membuatkan Fini teringat pada kata-katanya. Walaupun seseorang itu dah tinggal lama dengan seseorang itu, tidak semestinya masa yang lama itu mampu membuatkan seseorang itu faham akan seseorang itu. Dibandingkan dengan seseorang yang lain, yang tempoh perkenalan dengan seseorang yang satu lagi itu lebih singkat, tetapi dia mampu memahami seseorang itu atas dasar sayang dan cintakan seseorang itu. Fini tak mampu nak terangkan di sini, tapi Fini cukup faham maksud Kak Zaili. Ada kalanya orang yang terdekat dengan kita tidak seperti mana yang kita harapkan...berbanding dengan orang yang ada kalanya tiada perhubungan dengan kita, tetapi mampu untuk bercakap-cakap dan seolah-olah memahami yang kita perlukan seseorang hanya untuk berkata-kata. Cukup itu.

Tapi ini semua ada kalanya bukan salahnya, mungkin juga kita tidak bersikap seperti yang dia harapkan, lantas ianya berbalik kepada kita semula. Macam cermin...ianya pantulan sikap kita sebenarnya. Sedar akan semua ini..tapi bisakah ianya berubah? Salah dari generasi sebelum ini? Tidak, kita tidak boleh menunding jari. Yang pasti semakin difikirkan semua ini, semakin takut Fini akan sesuatu. Tapi itu semua di luar kuasa kita sebagai hambaNya.

Dah jauh Fini melalut, Fini nak cerita tentang blog yang Fini baca baru td...Continuing My Existence in Cyberspace

Kisah ini tentang seorang pesakit barah kolon tahap 4 (kini arwah). Fini tak terkata untuk luahkan apa yang Fini rasa sekarang. Dalam pada kita sakit nanti, siapakah yang akan ikhlas menjaga kita? Fini pernah berbual dengan Nawal, Kak Ila dan Mak Usu Dot (sewaktu praktikal), kebetulan masa tu ada rancangan Siti Nurhaliza melawat ke rumah orang-orang tua..Fini pernah lafazkan, kalau Fini tak ada sesiapa nanti, hantar la Fini ke rumah orang-orang tua dengan duit yang Fini ada. Fini tak mau susahkan orang. Ye la, adik-beradik Fini hanya 3 orang. Fini ada 2 orang adik lelaki. Sudah tentu akan sedikit sebanyak menganggu kehidupan berkeluarga adik-adik nanti. Erm, sama juga mcm luahan arwah...takut...bimbang...akan kesanggupan keluarga menjaga kita. Tapi perlu cermin juga diri kita sejauh mana tindakan kita terhadap ahli keluarga. Ini bukan cakap-cakap pada sesiapa. Fini mengingatkan diri Fini.

Seperkara lagi, alhamdulillah. Keluarga Fini tidak diuji dengan ujian begini. Fini masih ingat lagi yang Mak pernah menjaga arwah Wan yang sakit tua. Tapi arwah Wan dulu-dulu pula menjaga arwah Mak Anjang Fini yang sakit. Mak cerita, arwah Mak Anjang sakit dari zaman remaja. Fini sempat sangat dengan arwah Mak Anjang, tp Fini tak gunakan masa itu sebaiknya. Adakah zaman kanak-kanak Fini, kita akan bersikap takut, geli, tak kisah dengan semua itu? Ya Allah, maafkan Fini. Sekarang, alhamdulillah kesihatan kedua ibu bapa Fini dalam keadaan yang baik-baik lagi. Cuma satu ketika dulu Ayah betul-betul sakit...susah hati masa tu, mata Ayah terkena rak kayu...dalam masa yang sama kena penyakit kencing tidak lawas. Mak kata orang lelaki yang berumur risikonya memang tinggi. Fini kurang faham. Masa tu, Ayah sakit malam...Ayah gerakkan Hisyam minta hantar ke hospital, tapi adik tak sedar masa tu. Last-last Ayah drive sendiri. Fini rasa bersalah sebab Fini ada lesen tapi tak upaya nak drive. Sampai sekarang pun...sebab dalam zon yang selesa...ada adik2, Ayah yang boleh nak bawa Fini ke mana-mana. Bila la Fini nak push diri untuk berani nak drive. Kan masa-masa kecemasan begini, ianya satu keperluan?

Fini hanya berdoa, Fini dikurniakan kesihatan yang baik-baik dan jika ditakdirkan suatu hari nanti Fini 'dijemput'...biarlah dalam keadaan yang menyenangkan semua orang disekeliling Fini. Begitu juga, Fini harap keluarga Fini dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Baru-baru Fini risau akan keadaan sahabat kita. Fini berdoa dia beroleh kesihatan yang baik, jangan putus asa, semoga kekuatan diri dpt menyembuhkan penyakit dia. Walau pun Fini sebenarnya tidak pernah kenal dengan adik ni, tetapi melalui seorang lagi Fini kira sahabat yang susah nak dicari membuatkan Fini sedar akan sesuatu. InsyaAllah, budi baik anda akan dibalas Allah jua. Jangan putus harap. Jangan bersedih. Jangan jua rasa upset dengan keadaan ini. Ingat jika suatu masa tiada orang bersama kita, kita masih ada Yang Maha Esa bersama kita.

Mcm yang Fini pernah yakin sebelum ni dan akan tetap yakin pd perkara yang sama. InsyaAllah. Terima kasih...dulu Kak Ila, Kak Ita, Kak Zaili dan semua yang pernah dengar luahan Fini tentang hal faham memahami ni. Satu masa nanti Fini akan berada di tempat yang sama, adakah Fini mampu menjadi apa yang Fini harapkan sekarang? Yang lain-lain begitu juga, terima kasih semua. Mcm Fifi coretkan

"...setitis air mata taubat mengalir, memadamkan api neraka...".

Ya Allah, ampuni dosa-dosaku, bantulah aku menjadi anak yang solehah, didiklah hatiku supaya sentiasa ikhlas dalam berbuat sesuatu. Bantulah aku dalam menjalani kehidupan ini supaya aku tidak terpesong dari jalan yang benar. Amin.

Al-Fatihah.

No comments: